Isnin, 26 Mac 2018

28 Lagu Pilihan Terbaik Search 1989 - 1996



kalau album kompilasi ni search wings xpdc lah yang paling banyak... ini antaranya dari search.. selalu juga aku tengok album ni dekat rak tesco, harga boleh tahan lah jadi aku skip je.. bila aku pergi semalam harga sudah jatuh jadi separuh harga. aku sambar terus. walaupun lagu2 dalam kompilasi hampir sama ngan kompilasi terunggul search ada 2 cd satu cd lagu rock n roll dan satu lagu slow jiwang search.. semalam buka dan dengar lagu isabella lagu kesukaan bro deaf jajaja... sound padu gak ok lah.. ambil gambar snap dan simpan dalam koleksi album search.. huhu.. tak menarik langsung kompilasi ni inlay tengok gambar tu mengecewakan.. 

Sabtu, 24 Mac 2018

TERUNGGUL DOUBLE TROUBLE

cd ni baru je aku beli hari itu.. masa jalan2 gi kl sempatlah singgah amkop mall sebelum balik. hajat dlm hati nak beli double trouble versi gold.. nampak pula cd ni. aku skip trus cd tu nanti2lah aku beli. sebab utamanya double trouble 2 disatukan dalam album terunggul ni. aku tak ada versi cd album tu ada kaset je. ingat lagi aku hari tu sampai skg nyesal gak tak beli album double trouble 2 versi cd yang perna sudah ku pegang di speedy.. bila datang balik cd tu dah tak ada aaarghh.. dengar2nya harga pasaran cd tu memang keras skg ni.. dapat album dt terunggul ni cukup lah janji ada lagu2 dalamnya.

sampai rumah baru aku sedar lagu2 dalam album ni sudah di rojakan.. 4 lagu dari album dt 1 masuk dalam cd 1 gitu gak ngan cd 2.. kenapalah di asing2kan 4 lagu tu.. bagi aku lagi best satu album satu cd sbb dalam satu cd ni dah ada tiga vokalis.. apapun layan sajalah janji ada.. antara dua versi album double trouble ni.. yang pertama lah paling best.. lagu gemuruh saja tu antara lagu duet rock terbaik tanahair bagi aku.. dt 2 aku suka dengar lagu di pintu sepi versi baru tu.. versi gold tu pasti akan disambar juga buat koleksi.. huhu

inlay kaset double trouble 1 tu dah dimakan anai2 ghaib ntah kemana.. aku perhati je kat jualan fb kot2 ada yang jual inlay album tu. tapi belum timbul lagi..

k itu je.. 

Ahad, 11 Mac 2018

tribute to brain dead





in remembrance for brain dead  d'tribute

album tribute untuk brain dead menghimpunkan 9 band membawakan lagu2 brain dead dengan cara mereka sendiri.. album ni diriliskan oleh apokalip realeases singapura. band2 yang terlibat dalam album ni seperti berikut

1.Logam - rites of the tyrant
2.Tandus - the 7th wind
3.As sahar - spirit of heloisa
4.Kharabanazak - twisted soul
5.Necrotic chaos - eternal war
6.Medicine death - impious mortal
7.Vociferation eternity - sacred
8.Endless pain - from the ecstacy
9.Global chaos - ...and the angles daneed (version of twisted soul)

dan dua lagu bonus dari brain dead
unholy sins
twisted soul

berbagai2 jenis sound yang berbeza di dalam cd ni  seperti aku kata di atas band2 membawakan lagu2 brain dead dengan cara mereka sendiri.. feel lagu2 brain dead masih kuat kedengaran.. kalau nak pilih antara satu di atas aku suka gaya penyampaian band Logam. Global chaos tu unik  cara mereka tribute buat brain dead.. band lain pun ok juga cuma lebih suka ngan logam.



Sabtu, 3 Mac 2018

pastel lite - balada




hehe.. aku beli juga cd ni. pertama kali aku dengar muzik video dorang terus berkenan ngan gaya penyampaian vokalis nya tu. pastel lite ni duo mereka menggelarkan muzik mereka sebagai experimental yang banyak memasukan irama elekronik dalam lagu2 mereka. ada 10 lagu dihidangkan dalam album balada ni. buat masa sekarang hanya lagu damsel saja yang berkenan lain2 lagu tu mungkin perlukan masa untuk di hadam.. kalau korang minat the ting ting rasanya patut beli cd ni. enjoy..