Ahad, 31 Disember 2017

Yang aku impikan 2017

Tahun 2016 2017 antara tahun2 paling mencabar dalam hidup aku.. dengan berbekalkan minat aku lepaskan kerja yang senang hanya duduk mengadap leptop sepanjang hari. Aku perna  impikan satu hari ni aku akan bawah juga lori kontena ni. Kalau masa kerja lama dulu tertanya2 jugalah pada diri ni cemana lah dorang bawah lori besar ni. Aku mulakan langkah kanan ambil lesen lori. Lepas tu berenti kerja. Bukan senang rupanya nak cari kerja tampa pengalaman. Benar banyak jawatan kosong diluar sana memerlukan pemandu lori. Tapi kalau tak ada rezeki memang tak akan dpt. Berapa banyak aku pergi interbiu tunggu panggilan semuanya. Dalam 2 minggu gitu aku cari kerja.. sampai kan airmata jantan ni mengalir juga sedih siottt fikirkan pasal keluarga.. bajet aku akan bertahan 2 bulan saja. Hari terakhir aku pergi interbiu. Okey dapat kat gold cold nye kompany. Dorang bagi basic sangat ciput ja rm450 gitu dan selebihnya ikut trip dan kerajinan.. all out pun rasanya 2k susah nak dpt. Semalaman aku fikir nak terus kerja situ atau cari lain.. arghhh sudah lah nak cari kerja tu punya susah.. aku yakin pasti ada rezeki lain yang menanti aku diluar sana.. pagi tu aku plan nak cari kerja yg betul2 ngam dengan masanya dan juga bayarannya. Tak sangka pakcik dtg rumah aku pagi tu ajak ikut dia kerja kat pelabuhan.. dia oferr 2 minggu tak ada gaji ikut belajar dulu. Gila kata ku kerja 2 minggu tak ada gaji.. b3rbisik2 hati ku. Tapi ofer ni betul2 mengujakan aku. Dia cakap kau belajar sana bawah lori kontena. Nanti dah pandai kau punya suka nak melompat keluar bawah lori luar.. aku setuju geng. 2 minggu trun kerja tqk ada gaji. Tapi kesabaran ku ada batasnya. Hari2 terakhir tu aku belum dpt bawah lori. Alasan pakcik tu dia sibuk repair lori lqin  tak ada masa dia nak ajar lagi. Aku redha. Nasiblah ada membe situ bagi aku bawa lori tu kasih semangat kat aku. Dan akhirnya pakcik tu makbulkan jqnjinya dia ajar aku ilmu gustan. Katanya gustan ni paling penting kalau bawa lori kontena ni. Jadi 2 3 hari juga aku belajar gustan di satu kawasan lapang dlm pelabuhan tu. Dari pagi sampai ke petang gustan tu ja lah aku belajar.. sampai naik muak aku dibuatnya.. tapi dlm hati aku biarlah ini masa depan aku. Sampai lqh aku dpt teknik nya sedikit. Dan pakcik tu tunjukkan aku cara nak pickup kontena. Aku sudah tau caranya sebabnya hampir seminggu aku ikut lori tu tengok cara dorang buang kontena ambil kontena. Sekali saja pakcik tu ajar aku. Dia suruh aku bawa dan dengan penuh debaran aku dpt angkat dan bawah dengan jayanya. Pakcik tu terus lepaskan aku dan aku mulakan kerja dengan penuh keterujaan dan sampaikan aku terleka.. aku telañggar cermin sisi lori lain masa nak ambil selekoh.. aaaerghhg aku patah semangat.. namun rakan2 disana bagi kata2 semangat biasa lah pemandu baru pasti akan langgar. Jangan saja langgar mati org tu lain cerita. Kalqu setakat langgar lori kontena etc tak ada hal.... sekali tu sajalah aku telanggar.. lepas tu aku terus fokus.. bayangkan kalau lori luar tu cermin sisinya rm1k boh.. bos tak nak ganti pemandu tanggung sendiri. Nasiblah aku langgar tu lori projek cermin nya tak sampai 20rm. Itulah serba sedikit apa yang aku impikan tahun ni.. harapnya 2018 aku akan mulakan pengembaraan aku bawa lori kontena keliling semenanjung.. nanti aku sambung cerita ni. Banyak betul aku nak ceritakan sebenarnya. Nanti aku kongsi dlm ni saja. Bab ni tempat paling ngam berkongsi isi hati jajajjaa

Isnin, 18 Disember 2017

Manggas - kuraia

Versi kaset keluaran 2017.. perna rilis dulu dalam format cdr.. istimewanya untuk rilisan kaset ni ianya mengandungi 8 lagu.. 5 lagu yang tak perna rilis dan 3 lagu dari versi cd lagu2 manggas ni mantap ngam dengan selera aku. Mungkin era mp3 dulu kena penangan lagu batin keramat sampai sekarang minatnya tu haha.. ohya kaset ni terhad 100 salinan saja..
Total tabak bauta

Ahad, 10 Disember 2017

Athotorgh - Promaster Dieyana


Cd 2017.. rasanya aku belum sempat tampal dalam blog ni.. ini antara hasil yang aku beli masa metalcamp hari tu.. lupa sudah aku apa lagi yang aku beli sudah bercampur dengan koleksi lama haha.. ini antara rilisan yang di impikan.. versi kasetnya saja aku beli keras juga harganya.. cd ni dilancarkan masa metalcamp hari tu.. memang mengujakan untuk dimiliki.. ini antara rilisan lama yang paling mengujakan juga muziknya bagi selera aku..


Jika dalam kaset hanya ada 5 lagu saja.. untuk cd ni ada 7 lagu satu lagu baru. Dengarnya dari info dalam versi piring hitam terdapat satu lagu lagi tu haha.. sound dalam ni takya cakap lah penuh ngan kegilaan.. korang yang tak perna dengar athotorgh ni cuba lah dengar.. rasanya ni lah band yang masih mengekalkan sound lama dorang pada lagu baru.. tapi tu lah nak komplem juga kan napalah tak sertakan liriknya.. kalau disertakan lirik dlm inlay cd ni mesti lagi tambah mengujakan.. ohya masa metalcamp tu aku sempat minta sain kat inlay cd tu hahaha.. jarang2 aku minta sain tapi bila aku nak aku sanggup berebut untuk dapatkannya.. semestinya lagu killer dalam ni promaster dieyana. dari versi sedut, dapat memiliki kasetnya dan sekarang sudah memiliki cdnya.. harap juga band ni riliskan album baru.. kita tunggu dan lihat saja.. 

Jumaat, 8 Disember 2017

Storm Of Nebiula Compilation Cd 2017



Haha.. masih lagi deman katharsis ni.. disebabkan ada kemasukan baru dalam koleksi kena juga beri laluan untuk di dengar.. sekarang ni dengar muzik amat terhad sudah masanya. Balik kerja lewat2 malam.. huhu.. ambil masa 1 album sehari dengar gitu..

Aku nak cerita cd kompilasi ni. Ya semua metalhead malaysia pasti tau lah ni kompilasi yg kira terunggul juga dlm scene bawahtanah.. masa2 mula kenal metal dulu ini antara kompilasi yang mengenalkan aku pada band2 besar tempatan. Dengar versi kaset ja dulu..

Bila rilis semula dlm format cd tahun ni aku memang tak bagi can. Kena sambar bab katanya terhad saja 300 pcs. Kalau nak memiliki cd keluaran pertama memang tak dpt lah.

Band2 yang terlibat dlm ni kompilasi antaranya langsuyr, as sahar, vociferation eternity, aradia dan sil khannas.. ada  12 lagu... semua lagu sedap2 pula tu..

Ohya disertàkan juga poster disetiap pembelian.. haha poster aku tu remuk juga masuk dlm bungkusan poslaju.. letak bawa tikar seminggu ni harap jadi baik semula haha..

Oklah harap yg no 2 tu pun kasih rilis semula.. kalau dapat riliskan dark live collection pun ok juga. Aaahh semualah album2 metal tempatan yg lama2 kasih rilis balik macam ni cd kan..

Dengar muzik gini kepala pun kena goyang kalau nak feel lebih hahaha..

Nanti aku cerita lain kali cd  kaset yg belum aku tampal dlm ni..


Selasa, 5 Disember 2017

Neftaraka - Revelation of Suppression CD





Dulu aku perna cerita kasetnya tahun ni eastern myth meriliskan semula dalam format pro cdr..
Hari tu aku tak dapat turun menyaksikan mereka live..sempatlah kirim dengan kawan beli kat venue cd ni.

Bila dapat cd ni. Aku play kat cd player aku tak dapat nak play no disc katanya..aaaarghhh geram juga aku dibuatnya player cd aku ni memilih cd asal cdr mesti tak boleh play.. aku cuba bengkok2 cd dan lap permukaan akhirnya dapat play.. namun selepas play semula lagi no disc lagi. Benda sama asyik berulang bila aku nak dgr cd ni.

Ada 4 lagu dlm ep ni. 2 lagu baru dan 2 lagu cover.. sound neftaraka ni sudah banyak kali aku cerita ianya mengujakan aku bila mendengar.. feel black metal tu dapat aku hadam sepenuhnya.. neftaraka ni boleh aku listkan antara sound black metal yang ngam dengan halwa telinga aku..

Terfikir juga aku nak beli sekeping lagi cd ni. Sebabnya risau juga cd yg aku dpt ni rosak.. cd ni limited 100 pcs saja. Sebabkan bajet kena catu terpaksa simpan sajalah cd ni dengar kasetnya pun ok juga..

Hail B.M H 

Ahad, 3 Disember 2017

Search live konsert gegaran 2017







Dapat juga aku turun konsert ni.. walaupun aku sudah jangka tak kan dapat turun ke konsert ni.. sabtu tu ngam2 pula tinggal satu unit saja jam 9 gitu aku dah jatuhkan kontena.. kemas2 apa yang patut jam 10 aku tengok jam.. dalam hati aku pagi tu tengah plan juga cemana aku nak kesana ya. Keinginan aku ke konsert ni bukan lah untuk menyaksikan search live sebab aku tau aku boleh skip konsert ni tahun akan datang pasti ada juga.. apa yang betul2 membuat aku nak ke konsert ni adalah untuk membeli cd sepuluh tahun.. kat fb mmg tak ada jual.. dapat tau pun cd ni ada jual di lokasi konsert itu yang buat aku teruja...

Aku pecut motor dari westport ke shah alam jam 10pm.. dan aku harap sempat lah sampai kan sebelum konsert tamat.. sampai saja aku di lokasi search sudah beraksi geng.. dengar dengan jelas soundnya.. aku cuba parking motor sedekat yg boleh.. lepas ja aku parking aku terus cari kedai jual official produk search ni.. tapi tak jumpa.. aku pusing2 tak jumpa jumpa lah satu kawan situ tanya mana kedai yg jual cd. Katanya ada kat dlm.. aku tak fokus dah ngan konsert sebab dari luar pun boleh tengok dengan jelas search beraksi.. dorang hanya tutup langsir hitam sepanjang lokasi tak tinggi mana pun ramai juga org kat luar menyaksikan secara percuma..

Kawan aku tadi cakap kau nak masuk ke. Aku kata tak ada tiket.. dia terus  hulur kat aku satu tiket.. ingat lagi yang tiket loudness arwah kawan aku tu. Dengan dia ni lah kami bagi tiket tu. Terkejut juga aku.. aku terus ambil saja dan masuk..

Bila aku di dalam habis lagu yang di dendangkan oleh search dan lagu seterusnya perghhh lagu kesukaan ramai fan biasa2 search.. isabella.. aku terus cari lokasi jual cd ada kat tepi gerainya. Sambil aku buat live video kat fb sambil beratur nak bayar cd sepuluh tahun..

Habis lagu isabella.. terus dorang bawakan lagu kereta merah.. masa ni barulah aku fokus kedepan stage.. perghh amy nye stail malam tu sebijik cam konsert evolusi cuma dia pakai seluar hitam. Kalau merah ngan singlet mmg dialah tu hahaha.. rambut amy pun dan panjang gonrong gitu..

Aku dengan baju kerja ku.. rasanya kalau ada yg dekat ngan aku mesti terbau peluh aku hahaha ngan safety shoe segala.. aku cuba enjoy konsert ni.. aku masuk tu pun penjaga tiket tu cakap konsert dah nak habis beb.. aku cakap aku nak beli cd haha..

Lepas kereta merah.. pelesit kota.. ada gak masalah pada bass nasir tali penyangkut gitar tu tercabut.. budak2 ramai yang moshing.. ni mesti fan hujan bunkface.. konsert ni kan membariskan band2 boleh lihat gambar last kat tiket tu haha... enjoy rasa nak melompat2 gak lah.. ramai yang minta lagu pawana..terjerit2 gitu..nah search terus bagi.. aku ingat banyak lagi lagu.. rupanya last lagu sudah pawana hahaha.. enjoy..


Dalam jam 11.20 gitu habis konsert ni..
Aku pun terus keluar dengan senyuman macam tak caya dapat tengok konsert ni.. 4 lagu ja sempat apapun aku happy haha.. tak dpt tengok lagu baru sidang kangaroo katanya ada dimainkan..

Tak apa tahun akan dtg pasti ada promoter konsert lamar search... kita jumpa sana nanti all out..