Isnin, 27 Februari 2017

Juara Juara Rock 3


Liat sangat jjr 3 ni, akhirnya dapat juga haha.. cover album sangat2 menarik nampak kerockersan disitu.. aku suka tengok, lagu pertama sketsa sebuah cinta dari may betul2 menarik, walaupun lagu ni sudah biasa didengar, lagu2 lain best juga, macam biasa lah album lama ni bagi halwa telinga aku pada mulanya dengar tak masuk,tapi setelah didengar berulang2 baru lah dapat rasa dia punya feel haha.. antara ketiga2 jjr aku rasa jjr pertama mantap. setelah aku buat perbandingan. lagu maut semestinya metalian lah sebab melekat dalam hati terus dia punya lagu.. ''luka hati ku masih merah lagi'' perghh sedap lirik ni haha

Khamis, 23 Februari 2017

Impiety - Vengeance Hell Immemorial



aku perna beli versi kasetnya beberapa tahun lepas aku ada cerita SINI haha.. kempunan beb nak dengar soundnya dalam versi kaset tu. ni cd diriliskan semula oleh label tempatan thrashingfist dalam format jewelcase, kalau sebelum ini rilis dalam digipack ngan kaset je, dengan harga yang mampu milik bagi aku sambar lah sekeping cd ni buat pengubat hati selepas kaset tu hancur berkecai... lagu2 dalam cd ni adalah dari rilisan2 seperti demo ep split impiety, disatukan dalam album ni, kira mantap jugakan begini dapat dengar semua lagu2nya. aku harap band humi pun buat lah satu album begini, ambil semua lagu2 dari 7 inci tu satukan dalam kompilasi. hehe... sound utk album ni pun memuaskan halwa telinga aku, kira puas hati lah.. haha. hari tu ada lihat album skullfucking diriliskan semula, aku rasa itu pun aku nak sambar sekeping. nanti aku ceritakan klu sudah beli. k

Selasa, 21 Februari 2017

NAMAMU 01 (Kimi no Na wa)

Buku Komik NAMAMU
Kimi no Na wa

Tahun lepas banyak juga aku tengok filem, rasanya filem ni yang melekat dalam hati, sudah 5 kali aku tengok, pertama kali tengok tu aku tak faham apa yang diceritakan dalam anime ni. lepas beberapa kali tengok baru lah aku faham, dan suka dengan anime ni, haha esok2 aku nak tengok lagi, kalau nak kata cerita ni gilababi hebat pun tak jugalah, cuma bagi aku ianya best macam ada sesuatu yang menarik dalam penceritaannya, nampak biasa2 saja. ending dia pun best macam nak nangis gitu. hahaha..

buku komik kat atas ni aku beli sekali masa aku beli cd kat tesco itu hari, aku sempat singgah kedai buku belek2, jadi terlihat pula buku komik ni, terus aku  beli. aku ingatkan satu buku ni terus habis, rupanya bersambung lagi ke buku no 2, akan datang katanya, nanti aku tengok2 kalau sudah rilis no 2 tu. apa yang bestnya buku komik ni, ianya tak memerlukan fokus macam kat skrin tv, mudah sangat dihadam. kat bawa ni sedikit isi dalamnya.

kalau berwarna mesti best, tapi satu helai je bewarnanya



Kisahnya bila mereka tertukar jasad, dorang ingat bermimpi, lama2 dorang faham sudah yang dorang akan bertukar jasad beberapa kali dalam seminggu, jadi dorang buat peraturan, yang kurang ajarnya si lelaki ni p raba2 dada gadis ni haha.. lepas beberapa ketika jasad mereka sudah tak bertukar, jadi lelaki ni p cari kampung gadis ni, sampailah dia tahu yang semuanya sudah berakhir.. haha aku rasakan buku komik ni lagi detail berbanding movienya. ada part tak ada dalam movie tu.

novel ringan Namamu

buku kat atas ni pula novelnya, alang2 sudah jumpa, aku terus beli sekali, aku belum baca lagi. haha buat koleksi pun best juga ni, aku sekarang tengah cari dvd nya, setiap kali singgah speedy mesti p tengok2 kalau2 sudah ada dvdnya dalam pasaran tempatan, versi yang aku tengok sedut ja. hahaha.. 

Isnin, 20 Februari 2017

John Wick: Chapter 2

Khamis lepas aku berkesempatan tengok filem ni, lepas saja kami dari kursus, kawan ajak tengok wayang, tak tahu nak tengok filem apa, aku kata kita tengok lego batman dorang tergelak HAHAHA... jadi sebulat suara sampai panggung baru buat keputusan filem apa yang harus ditengok. kawan aku seorang ni dia nak tengok john ni. ngam2 pula sampai sana lagi 10 minit tayangan bermula filem ni. terus beli tiket. sebetulnya aku belum tengok yang pertama filem ni. jadi blurr juga kan. apa yang bestnya aksi tembak kepalanya tu tak henti2. dengan muka staring ni yang tak senyum tu. ada part aku tergelak dalam panggung, part gadis tomboy bisu tu kena tikam WAKAKAAKA lawak siak aku ingatkan power..eksen je lebih, dengan si john ni minta bantuan ngan ketua gelendangan tu, bila bos dia cakap ada sesiapa bagi jon ni pistol dengan suara nya tu hahaha.. keseluruhan filem ni bagi pendapat aku ada sedikit boring sebabnya aku tak tengok yang pertama macam mana jalan ceritanya watak2 dalam ni. jadi kalau korang mau tengok patut tengok yang pertama dulu, aku tengok no 2 ni lebih kepada menceritakan saja nasib si jon ni akan datang, mungkin no 3 nanti akan lebih ganas lagi. jap lagi aku nak cari yg pertama tu.haha

john wick 6/10

Jumaat, 17 Februari 2017

STRANGERS



Tak perna tahu pun akan band ni, dapat tahu pun dari blog xyrus zone disebabkan vokalisnya mus yang suaranya jenis senang nak dihadam oleh halwa telinga aku, dan pilihan cd2 kat tesco tu pun terhad aku pilih lah ni penambah bukti katakan haha... semua lagu dalam ni mmg aku tak perna dengar kat mana2 link atau radio, tapi ada satu lagu yang sangat dekat dengan telinga aku, masa aku duduk hostel dulu, ada satu membe aku cakap lagu ni abang dia cipta kakaka. lagu satu pengertian tu, aku nak tergelak juga bila aku play cd ni itu hari, nampak sangat sama liriknya dan lagunya., mustahil lah strangers ni pi ciplak lagu abang kawan aku tu hahaha.. maka ternyatalah lagu tu bukan ciptaan abang dia, mentang2lah nama bini abang dia tu haryati kan. hahaha.. kalau aku nak cerita ada dua orang yang mengaku itu lagu mereka cipta., sedangkan selepas aku dengar versi asalnya barulah aku tau dorang tipu haha. tapi aku tak salahkan kawan aku tu mungkin juga dia pun tak perna dengar band ni kan, jadi dengar2 abang dia nyanyi sebut nama haryati tu dia mungkin ingat lagu tu abang dia buat utk isterinya, aku tak bleh tahan nak gelak beb bila aku dengar lagu band ni pertama kali hari tu HAHAHA. yang satu lagi tu xpdc punya lagu, ni kawan aku masa kat kampung dia balik dari kk selama sebulan datang2 p kampung melepak dia bawa lagu baru beb, lagu berakit kelangit tu, teruja masa tu aku, sbb kawan aku bleh cipta lagu yang melodi dia sedap. berakit2 kelangit berakit kelangit ini bukan cerita wayang kulit pergggh lirik lagu ni memang best. aku sampai semenanjung baru lah aku dengar versi xpdc tu. ni pun aku senyum juga teringat kawan aku tu... harap2 dia sehatlah sebab ni kawan aku dari kecil. hahaha tertaip banyak pula haha.. okeylah utk cd ni aku pertama kali dengar 4 lagu pertama tu aku rasa nak tido ja ngan melodinya kecuali lagu pengertian tu, lepas 4 lagu tu baru lah aku enjoy layan lagu2 sampai habis, kira mantap jugalah cd ni, tambah2 suara mus may tukan, kalau tak ada internet ni rasanya tak tau ni band mus may hahaha... 

Selasa, 14 Februari 2017

Battle Of The Bands - Round 2




Bertemu lagi kita didalam entri rock n roll uuhyeahh (buat suara nash) haha

cd ni sekali angkat ngan cd anak liar tu hari di tesco, tidak ada banyak pilihan, cd no 1 botb tu pun tak ada sana, jadi aku beli sajalah ni dulu. cover album ni menarik lah rock gitu haha.. betul kata rakan2 blogger banyak betul typo cd2 rock keluaran ni haha.. untuk sound cd ni ianya sama saja macam jjr tu bagi pendengaran aku lah, lagu2 dalam ni banyak yang sudah biasa dengar, jika nak banding ngan jjr yang ni hampir semua lagu2nya pertama kali dengar. botb 1 tu aku perna dengar kat kereta kawan aku masa tengok xpdc tahun lepas klu tak silap, kira mantap juga setlist lagu2 botb pertama tu. yang kedua ni pun ok juga lagu2nya, suka band lefthanded punya lagu. dan lagu tema hapuskan cetak rompak tu pun mantap gak sedih lah dgr suara2 rockers bersatu menyeruh beli original hapuskan lanun cetak rompak., kalau jaman skg lagi dasyat, tak payah beli sedut ja versi mp3. 

Rabu, 8 Februari 2017

Sofea - Anak Liar



Nak cerita sikitlah, masa raya cina hari tu aku ada gak p cari cd2 rock nak memukat lah kiranya, target aku gi subang kedai lp tu, tapi sampai sana tak adanya jual cd2 rock lama, kebanyakannya lp ja dia jual bagi yg suka lp mmg tu lah tempatnya, aku hari tu pertama kali masuk, ada juga beberapa kali aku p sana masa jualan kaset store day, tapi tak perna masuk, hari tu masuk mmg rambang mata juga lah tgk jualannya, cuma tu lah aku nak cari cd2 rock lama. lepas tu kami p amkop mall, hari ahad ada jualan kaki lima tu, ada juga menyelam sana tapi tak dapat apapun. kedai cd victoria kah apanamanya tu haha yg ni memang aku jangkakan tutuplah kan, hanya cina true saja menjual tahun baru cina kata kawan ku haha.. lepas tu kawan sudah pesan kl tutup, hati tetap juga nak kesana, sampai kl satu bangunan cambel tu tutup wakakaka rugi bayar paking rm6., terus balik pekena coto cinta kat bayu tu. aku sempat beli satu patches saja kat amkop. aduiiilah..
kang aku balik rumah tak bawa cd mati aku dicakap dating. mau tak mau aku p tesco tempat aku sambar cd anak liar ni. bukti geng. hahaha.. Okey cerita pasal album ni kawan2 blogger lain pun sudah lama cerita kan, aku dulu ada kasetnya ni gambar cover album kat cd tu, ntah presing keberapa tu, lagu2 dalam ni semuanya sudah melekat dalam ingatan. sound album ni bagi aku mantap jugalah banding ngan album kembali. lepas ni kalau terjumpa boneka pentas ngan cover kuning tu aku akan beli lah alang2 kan, buat koleksi. rasanya itu je lah cerita nya,,. k.

Rabu, 1 Februari 2017

Tormentor - Blasting Torment




Salam semua, untuk entri permulaan bulan 2 ni aku nak cerita pasal kaset tormentor ni, band ni berasal dari sabah, dorang main thrash metal, pertama kali dengar lagu mereka ni dari rilisan kompilasi undertheground yang kimar rekord riliskan tahun lepas, dengan lagu mereka kelibat bangsat, memang terbaik lagu tu suka aku dengar, bila dapat info kaset ni rilis tak tunggu lama sambar satu terus buat koleksi haha..

Ada 4 lagu dalam ni, lagu2nya rancak bermelodi, suka dengar suara vokalisnya, selain dari solo2 dalam lagu mereka 4 lagu ni cukup memuaskan halwa telinga aku, kalau korang minat thrash gerentilah akan suka dengar lagu2 mereka ni.


tak pasti juga kalau rilisan ni perna diriliskan sebelum ini dalam format cd, sebab tak follow sangat band ni pada mulanya, lepas mendengar rilisan ni tambah suka lah dengan band ni, harap2 dorang akan terus berkarya dan jangan jadi macam kebanyakan band2 kita keluar satu dua demo trus senyap, haha

korang layan lah lagu dalam utube tu, jarang2 band baru kita menulis lirik dalam bahasa melayu ni, respek utk band ni k itu je.

lepas ni akan menyusul pula entri2 berkaitan cd2 rock lama malaysia. tunggu.... haha