Selasa, 29 November 2016

Neftaraka - Revelation of Suppression




Sekali lagi Neftaraka....haha

Ini adalah ep terbaru dari neftaraka, Rilisan yang sangat2 aku nantikan, Ep ini mengandungi 4 lagu 2 lagu cover, satu mayhem dan satu lagi dari silencer. tahun ini saja 2 Ep telah diriliskan oleh neftaraka, salah satunya digital blasphemy.. mungkin ini adalah rilisan terakhir utk tahun ni, harapnya tahun depan band ni akan lebih bersemangat lagi untuk meriliskan material.

Seperti yang aku ceritakan di entri2 berkaitan band ni, apa saja yang aku terima dan dengar dari band ni ianya membuatkan aku gembira, 4 lagu yang dihidangkan dalam ni ianya menghiburkan halwa telinga aku, lagu pertama abandon tu bermula agak slow bila musik mula memasuki lagu ianya sangat2 solid padu dan mentah, sepertinya mendengar lagu2 neftaraka yang lepas2 tapi dengan mood yang baru melodi baru aaarghh susah juga aku nak catatkan dalam ni rasa sebenarnya yang aku rasa bila mendengar rilisan band ni. lagu cover silencer tu pun dibawahkan dengan begitu asyik sekali. aku tak perna dengar versi asalnya dengar dari ep ni saja ianya sangat menghiburkan.. 2 lagu lagi tu sudah pastinya aku terhibur.. hail.

lima keping kaset ni aku beli, sekali jalan dengan kawan2, mulanya nak beli sekeping saja, melihat kenaikan kos poslaju skg ni ianya sedikit membebankan pembeli seperti aku. klu beli sebulan satu rilisan ok, bayangkan klu lima, boleh lepas 2 cd utk duit poslaju saja. jadi aku cuba tanya kawan2 dalam wasap grup, manalah tau dorang bekenan dengan kaset terbaru ni, melihat saja pada kulit albumnya ianya mengujakan bagi pencinta black metal... tak sangka pula dorang berminat, makanya aku order 5 keping, dapat harga diskaun lagi tu rm13 sekeping masuk poslaju utk 5 keping ni rm75. selamat duit pos aku.. kaset ni dijual rm15 sekeping dipasaran bawahtanah belum masuk pos lagi. kalau dulu harga duit poslajunya rm7 je, sekarang ni rm8 dah, ada juga penjual terus mengenakan rm10 semenanjung malaysia saja. mungkin lepas ni kalau nak beli rilisan terbaru kena tanya geng2 wassap, beli secara berjemaah ni dapat diskaun dan selamat duit poslajunya... YEY hahahaha.... 

untuk mendapatkan kaset ni boleh terus hubungi label yang meriliskannya di fb Page Whicery records atau band membernya... terhad 100 keping...

DEATH TO ALL
HAIL BMH

Rabu, 23 November 2016

Neftaraka / Bane - Necrodeath Ritual




Kaset ni aku baru dapat semalam, sudah sekian lama aku mengimpikannya, akhirnya dapat juga aku miliki. split tape neftaraka dan bane ni rilisan 2011, terhad 66 keping sudah lama sold out, hari tu terlihat di fb orang share gambar2nya, komen saja bertanya mana tau ada lebih, tak sangka pula dapat mesej, ini kaset ada lebih..aarghh ianya mengujakan aku, aku terus saja minta acc bank dan buat bayaran... dengan hati yang gembira aku dapat memiliki antara kaset yang ada dalam radar aku untuk dimiliki.

split ni ada 8 trek 4 utk neftaraka 4 utk bane, bane ni band dari serbia, dorang main black death metal. sangat padu muziknya, berlainan dengan neftaraka muzik mereka mentah dan kotor, black metal hutan katakan, namun begitu muzik neftaraka seperti sebelum ni aku katakan, aku cukup terhibur dengan alunan muziknya, berbeza dengan orang lain, ambil contoh kawan2 terdekat aku mereka tak dapat hadam muzik neftaraka. tapi hari tu aku siap promosi lagi rilisan terbaru dari neftaraka, mungkin esok sampai lah tu bungkusan. harap dorang gembira dan suka bila mendengar yang aslinya.

4 lagu dari neftaraka ni 3 dari nya sudah ku dengar dan ada dalam rilisan koleksi aku. satu saja lagu tribute to mayhem tu aku baru dengar.. untuk bane pula ini pertama kali dengarnya, muziknya layan ngam juga dengan selera aku. dalam bungkusan aku ni disertakan cdr sekali, aku ingatkan satu kaset tu saja aku dapat. dapat cdr tu bertambah gembira hati hahaha

ada beberapa lagi rilisan neftaraka ni dalam radar aku, harapnya aku akan dapat memilikinya jua suatu hari nanti.

k itu saja.. jumpa dihalaman seterusnya. haha

Selasa, 15 November 2016

May - Rahsia



cd may rahsia ni disambar macam biasa, walaupun agak liat nak belinya, itu hari ini pula yang menjadi pilihan hati. dilema dan hakikat tu nanti2 lah, membaca blog2 kawan2 ulasan pasal album ni, memang mengujakan jugalah, ditambah lagi kulit albumnya cantik aku suka tengok. senarai lagu dalam cd ni hanya satu saja yang biasa aku dengar, gadis bertudung putih, seingat aku lagu ni zaman karoke kat atas centre point klang tu, kawan aku selalu bawa. masa tu lagu versi live planet hollywood tu betul kata namanya tu hahaha... lagu2 lain tu ada juga aku dengar kat utube, kurang mengancam, sebab tu aku selalu skip juga cd ni. tapi bila dengar cd ni perghhh di punya sedap tu lain macam sound kebabomm dengan melodi yang padu mungkin ada kurang pada lagu slownya tapi layan jugalah, keseluruhan album ni aku suka dengar lagu2nya sound mantap beb, betul kata korang tak rugi belinya dan dijadikan koleksi cd2 rock lama.

k itu saja... 

Rabu, 9 November 2016

Metalasia ‎– Puspasari Penawar Puteri



kaset2 yang akan aku publishkan ni, semua kaset2 yang aku beli masa kaset store day hari tu, buat modal merepek utk bulan ni. haha.. kaset metalasia ni aku beli rm10, bila tengok ada lagu duet ngan ning baizura tu aku teruja plak nak sambar sekeping, hari tu masa kat campbell kaset ni banyak dijual baru lagi masih berbungkus. aku sudah play beberapa kali kaset ni, yang masuk satu lagu saja ning baizura, yang lain2 tu dengar2 macam tu saja. bagi pengemar sound laju mmg ni lah makanannya kan klu lokal punya band, gitar hero ni main dalam metalasia ni setahu  aku lah..dengar pada gorengan gitarnya perghh mengujakan, kena tengok dorang ni live klu ada buat live nanti, hari tu kawan aku cakap dorang bakal keluar album baru. tak pasti lah info tu sahih ke tidak..

k itu ja ceritanya hahaha...

Selasa, 8 November 2016

Zainal Abidin - Orak Arek




Salam semua.. nak cerita pasal kaset zainal abidin ni. semalam dengar balik kaset ni mengujakan seperti pertama kali beli masa kaset store day hari tu, kaset ni aku beli rm5. kondisi  tiptop, kaset ni dibeli mengkikut kata hati saja, tak pena pun dengar album2 zainal ni sebelum ni, rasanya aku ingat satu lagu saja aku suka dengar,  lagu bertajuk puteri, lagu ni memang best, ngam2 masa tu aku punya aweks nama dia pun puteri, perghhh.. hari tu dia add aku kat fb, aku approve je, tengok fb2 dia, dia pun sudah bahagia dengan keluarga dia, tapi aku rasa musti dia tak perna lupa aku. sebab hadir ku dalam hidupnya akan meninggalkan kesan yang begitu mendalam, sebab cintaku padanya seluas lautan.... cehh namun cinta itu pudar sebab dia yang menghancurkannya, walaupun kecewa nak mampus masa tu, syukurlah kerna perpisahan itu juga aku dapat jumpa isteri aku sekarang ni....aummmm hahahaha terluahkan plak dalam ni.. sayang juga lagu puteri tak ada dalam album ni, kalau ada dengar saja musti ingat kisah2 lalu...

ini kira album live lah kan, sebab hanya ada 2 lagu baru saja rakaman baru, yang lain tu live, dorang main dekat jepun sana, boleh tengok gambar ketiga tu utk detail tempat2 kat jepun tu. baru ku tahu zainal perna buat show kat jepun, masa mula2 play kaset ni, intro dia suara gadis jepun memperkenalkan zainal abidin ni.. mengujakan beb, dia punya sound dlm ni pun mantap, dalam album live ni dia punya bunyian2 gendang tu memang kuat, tradisional betul lah rentak muziknya, dengan suara zainal abidin tu rasanya orang jepun tak faham bahasa pun boleh terhibur dengar lagu2 yang dipersembahkan dalam kaset ni.

kira kaset ni satu pembelian yang bagus buat aku, sebab ianya unik menghiburkan..

k itu sajalah ceritanya...oh puteri malam ku ini tiada pujuk rayu mu...ooohhh gitu kah lagunya kalau tak silap aku, (nyanyi gaya zainal tau) k